this is life

dah dua kali aku kena sound dengan aiman, tanpa sebab yang kukuh. first, aku suruh adrin tolong aiman upgradekan bunyi drum kasi rancak plus kena dengan lagu. aiman dah hot sangat sebab orang interrupt dia. dan yang dia paling marah aku sebab aku buat plan suruh adrin kacau. dia terus blah sambil jari telunjuk arah aku, entah apa yang dia mengomel. aku stress, penat, aku pun keluar dari jamming room nak take fresh air. aku tahan daripada melalak depan lelaki. tak boleh, aku nangis je. akmal pujuk. pagi esok, dia tegur aku buat macam tak ada apa. dia okay, aku masih dingin. second, cikgu salmiah suruh semua performer untuk hari guru datang petang jumaat, ada rehearsal. group band aku pun datang, dalam kepala hotak nak bawa turun semua instrument masuk dewan, cikgu rozman pemegang kunci jamming room pula tak datang. logik tak, sebab cikgu rozman tak datang, aku kena sound dengan aiman? dia rasa membazir masa tak buat apa datang situ. the most hurt thing he said was, "aten la ni beria-ria nak buat semua ni, band la, ape la." dia cakap depan orang ramai. hati aku serious sebak. aku tak beria pun, ramai ramai plan nak buat band. aku cuma join as a guitarist plus aku volunteer jadi ketua, which mean apa apa jadi, aku yang tanggung. aku lari pegi duduk kat tangga, dengan air mata lagi. akmal datang, pujuk lagi. dia blah, aku lari tempat lain. erul dengan hazim datang pujuk aku. yang lain lain pula suruh aiman minta maaf kat aku. "aten, aku minta maaf.." aku angguk tak pandang dia. aku dingin. lepas ni mesti aku kena lagi sebab lagu kedua kitorang, kau ilhamku tak perlukan drum. aiman marah aku sebab second song tak perlukan drum, logik atau tak dia marah, answer in your hand.

imran accident, tulang hancur di bahagian carpals and clavicle pun patah rasanya. kepala benjol benjol, siku dah takde epidermis, pipi belah kanan ada tompok tompok luka. perut pula dililit-lilit dengan pembalut sebab luka teruk. naik motor aku rasa dia ni tak pakai helmet, keluar malam malam. the most lawak, dia accident dengan orang yang tengah accident. when we visited him, dengan rambut yang berserabai, dengan tak pakai bajunyaa, dia senyum and cakap "aten, best (Y)" bongok! tunjuk macho lah tu -.-

alan dengan aku pernah dilukakan. we trust no one anymore. seems that only the true love will heal this deep pain. kan lan?