KAU

aku bukannya singa nak mengaum bila marah. perasaan marah memang ada tapi tak kuat. yang kuatnya kecil hati. kecil hati bila kau diam saja. seolah olah kau tak pernah kenal aku dan aku tak pernah tahu kau. kau sudah beritahu jawapan kepada dua soalan yang pernah aku tanyakan dua kali. kali kedua aku tanya, aku tanya depan kau. dan kau diam waktu tu. lepas tu baru kau beritahu tapi dengan cara kau langsung tak tegur aku. do you remember? kau pernah suruh aku berkawan dengan kawan lelaki lain. aku tahu maksud kau. supaya hati aku tak ditaruhkan kepada kau dan aku membantah. at first aku fikir aku tak akan dapat berkawan dengan siapa siapa kerana aku ingat aku mungkin akan senyap tak mahu berkawan dengan siapa siapa lepas kau pergi. tapi Allah telah menyusun semuanya. to be honest ramainya kawan lelaki aku. dan alhamdulillah melalui mereka sedih bila kau pergi perlahan lahan hilang. antara mereka ada yang bagi support untuk aku teruskan life as happy person.

hm. malam ni complicated betul. lastly aku give up dan tinggalkan ego aku untuk buzz kau.